Meh iKuT aQuw....

18 February 2012

Masa Depan Anda Di Tangan Anda!

"ENTRY NASIHAT KEPADA BEBUDAK SEKOLAH"

Selamat Pagi korang semua! Hari ni budak steady sediakan entry khas untuk hangpa-hangpa semua yang masih bersekolah. Entry ni bertujuan untuk memberi nasihat kepada mereka-mereka yang masih enjoy dalam kehidupan dunia remaja. Entry ni merupakan kronologi hidup budak steady dari kecik sampai dah besaq panjang. Nasihat ni FREE dan tiada caj data dikenakan.. (=_=")


Hang Tu Baguih Sangat Ka?
Mana ada budak steady kata budak steady ni bagus.... Cuma budak steady ni sempat belajar dari kesilapan yang budak steady pernah budak steady lakukan. Dulu kalau hang semua nak tau, masa budak steady kecik-kecik, budak steady ni jenis orang yang malas sangat nak belajar. Kalau nak pergi sekolah pun, sampai kena marah baru nak pergi sekolah. Bermacam-macam alasan yang budak steady bagi kat mak abah budak steady, sakit perut, demam, cirit-birit dan bermacam lagik... Kadang-kadang,budak steady menyorok kat jamban rumah, tunggu sampailah bas sekolah terlepas, terok betol kan! Pernah sekali tu mak budak steady siram air panas kat celah-celah lubang jamban sebab nak paksa budak steady keluar dari jamban, Perit tuuuu!


Kat Sekolah Hang Macam Mana?
Masa kecik-kecik dulu, budak steady ni jenis yang tak banyak cakap. Lebih suka menyendiri, sampai ada cikgu kata budak steady ni Ibarat Katak Di Bawah Tempurung. Budak steady ni selalu kena marah sebab kedatangan budak steady ke sekolah begitu teruk, sampai ada kawan-kawan kata nanti budak steady akan diberhentikan..! Kat sekolah dulu cikgu-cikgu mana kenal dengan budak steady, cikgu-cikgu kenal dengan budak-budak pandai dengan hot aje, setakat budak steady ni, pandai pon tidak pemalas tu ade larr. Nak dapat TOP 10 dalam kelas pon tak pernah, Tapi budak steady ingat dengan cikgu matematik sorang tu iaitu Cikgu Badariah, dia kata yang budak steady ni memiliki kepandaian semula jadi.... Betol ka?Lepas dapat result UPSR yang cukup-cukup makan tu,budak steady masuk pulak sekolah menengah, tapi masa tu perangai budak steady tetap sama..!


Kat Sekolah Menengah Pulak Camna?
Masa kat sekolah menengah,kedatangan budak steady tetap terok jugak... Sampai kena panggil dengan guru kelas, kakak budak steady pon sekolah kat situ, dia pun terkena bahang sama dah aihhh. Perkara ni berlanjutan sampai ketika budak steady tersedar dari kesilapan budak steady. Masa tu budak steady berada kat Tingkatan Tiga. Satu hari tu budak steady di panggil ke bilik guru oleh cikgu matematik yang mengajar budak steady, cikgu tu marah budak steady sebab prestasi subjek matematik begitu teruk. Cikgu tu tengking budak steady sampai kecoh satu bilik guru, malu betol budak steady dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu lain kat situ. Balik je rumah hari tu, budak steady mula terfikir.....

"Sampai bila aku nak jadi macam ni,kesian dengan mak abah aku...!"

Lepas sahaja dari tu, budak steady jadi seorang yang rajin belajar, jadi ulat buku.... Kalau masa periksa tu, budak steady selalu dapat TOP 3 dalam kelas. Masa result PMR diumumkan, budak steady dapat gelaran PELAJAR TERBAIK PMR. Semenjak dari hari tu, budak steady dah berubah menjadi seorang yang lebih baik sehinggalah sekarang. Masa SPM hari tu pun budak steady dah bagi kaw kaw punya, tengah tinggal tunggu result je ni... Harap-harap 9A, AMIN~


Pengajaran dari apa yang budak steady cuba katakan ni, kalau korang nak berubah, korang mesti boleh berubah! Jangan biarkan kenangan silam korang terus menghantui usaha korang tu. Sekolah tu hanya sekali dalam hidup korang, lakukan betol-betol masa macam ni, PERCAYALAH, bila korang dah habis sekolah korang pasti merindui zaman persekolahan tu balik! Balas jasa mak abah korang...!

P/S : Bila teringat peristiwa kena siram air panas tu, pasti budak steady akan tersenyum~

14 comments:

Ain Intel said...

o0o0..nakal amat budak steady er.. ape pun good luck for your spm

Mohd Ridwan said...

@Ain Intel : Hahaha...budak-budak,Trimas ain~

dari sisi hidupku said...

Kenangan di alam persekolahan yang paling BEST.Rasa macam nak pergi ke alam tu semula.Hargailah masa silam anda.

Mohd Ridwan said...

@dari sisi hidupku : Tau takpa...Rasa macam nak sekolah balikkan,boleh sakat cikgu lagi!Huhuhu~

Kongsi Apa2 Aje said...

haha..setiap orang ada kisah silam masing2. ada kenangan pahit, manis dan lucu (^_^)

Mohd Ridwan said...

@Kongsi Apa2 Aje : Betol2...macam mimpi~

Hakimy Zamri said...

terbaik laa entri ni budak steady :D!! hang susun dari awal sampai habis...aku paham benor story ni..btw, siapa sangka pelajar yg low dulu kini dah jadi TOP student :D haha..itulah perubahan namanya ;)

KEEP IT UP ! :D

Mohd Ridwan said...

@Hakimy Zamri : Trimas bro,dimana ada kemahuan,di situ ada highway..!

Hakimy Zamri said...

HAHAH! yeah ! thats right..di mana ada highway, di situ pun konfom ada JALAN. HAHA :D

Nelly The Strange said...

bila kata nak berubah , kena bertindak !
:)

Mohd Ridwan said...

@Hakimy Zamri : Dimana ada JALAN,disitu ada ........? (^_^)Y

Mohd Ridwan said...

@Nelly The Strange : Yeah...Thats right Nelly~

kay_are said...

bagus2.. berjaya menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.. tahniah!!

Mohd Ridwan said...

@kay_are : Yeah!Trimas...