Hai semua,entry kali ni spesel sikit sebab Budak Steady nak join giveaway yang dianjurkan oleh Budak Nakal.Ini adalah pertama kali budak steady join giveaway tau,nak tau kenapa budak steady nak join giveaway ni?Sebenarnya ada beberapa kisah antara Belog Budak Steady dengan Blog Budak Nakal ni!
Teringat dulu-dulu sewaktu Belog Budak Steady masih baru bertatih dalam dunia blogger ni,masa tu Belog Budak Steady dikenali sebagai Aquw Steady Lowh.Masa tu memang tak tau apa-apa pasal dunia blogging ni.Akhirnya budak steady terjumpa blog yang penuh dengan tutorial menarik sewaktu itu.Itulah dia Blog Budak Nakal.Blog dia memang cute habis!Budak steady paling suka header dia masa tu...Nak tengok tak header dia yang dulu punya?
Masa tu memang selalu sangat bukak Blog Budak Nakal ni,kalau tak buka satu hari memang tak sah.Kat blog ni juga budak steady selalu mempromosikan Belog Budak Steady yang ketika itu dikenali sebagai Aquw Steady Lowh sebab traffic kat sini tinggi sewaktu dulu tau.Korang ingat tak dulu budak steady ada buat entry pasal renovation belog ni?Kat situ juga budak steady ada menggunakan khidmat Budak Nakal!Nak tau tentang apa?Klik la link kat bawah ni....
Tetapi selepas penutupan Belog Budak Steady dulu iaitu pada awal bulan lima 2011 tahun lepas,dah lama budak steady tak jengok Blog Budak Nakal ni,macam telah dilupakan pulak.Tak patut betol....Ye lar,budak steady nak fokuskan untuk menghadapi SPM 2011 yang bakal menentukan masa depan budak steady,mana boleh main-main.Nak tau satu rahsia?tiru ayat iklan oreo,Sebenarnya nama Belog Budak Steady diilhamkan dari nama Blog Budak Nakal.Sebab tu ada persamaan antara blog kita orang ni....Tu lar sebabnya budak steady amat berterima kasih kat Blog Budak Nakal!
Dah hampir 2 bulan selepas SPM ni,baru budak steady jenguk balik Blog Budak Nakal setelah hampir 8 bulan dah tak jenguk-jenguk,itu pon terdengar Giveaway ni.Tengok je Blog Budak Nakal ni dah ade banyak perbezaan dari blog yang dulu.Tema Budak Nakal pakai pulak dah lebih dewasa dari dulu,dah takda kartun-kartun dah.Budak Nakal pon dah pakai tagline terbaru iaitu Info Terlaris Masakini!Nak tengok Blog Budak Nakal yang terbaru sempena tahun 2012 ni?Ni la blognya :
Tengok,macam-mam adakan kat Blog Budak Nakal ni!Ada tutorial,blog widget,blog tips dan bermacam-macam lagi!Okey,bagi mengakhiri entry spesel ni,budak steady ada pantun untuk Blog Budak Nakal,dengar tau!
1 comment:
salam nak bagitahu yang keputusan giveaway telah keluar...semak ye^ ^
Post a Comment