ASSALAMUALAIKUM!
Mood-mood.... Gembira? Gementar? Cuak? Normal? Budak steady pon taktau apa sebenarnya perasaan budak steady sekarang ni. Lagi 11 hari je lagi budak steady akan mendaftar kat Universiti Malaya untuk Program Asasi Sains Hayat (PASUM). Betul ke pilihan budak steady ni?
Dalam minggu ni, banyak masa budak steady dihabiskan untuk isi-isi borang pendaftaran dan beli barang-barang keperluan untuk bawak kat sana nanti. Busy lol. Malam-malam pulak budak steady pegi dok godek-godek google pasal
PASUM ni. Banyak jugak lar info yang budak steady especially kat satu blog ni.
Sila Terjah. Dari gambar-gambar kat blog kakak tu, nampak best kolej kediaman yang budak steady dapat tu. Kemudahan semua lengkap. Satu bilik 2 orang, memang super duper best!
Tapi..... Kehidupan kat sana tak sama dengan sekolah lagi, everything kena wat sendiri. Kalau dulu, selalu emak yang buat! Budak steady memang noob pasal semua benda-benda ni.... Tapi bukan tu yang buat budak steady risau. Budak steady risau tentang pembelajaran kat sana, orang kata asasi yang paling susah ialah asasi di UM. Really? Belajar pon 100% guna Bahasa Inggeris, memang lemah kalau kena belajar Bahasa Inggeris ni. Lagipon kat sana budak steady terpaksa bersaing dengan budak-budak dari SBP, MRSM dan KLUSTER. Persaingan yang sengit tu! Info yang budak steady dapat, kalau kita nak sambung ijazah perubatan kat UM nanti kita mesti dapat PNGK 4.0 dan MUET mesti BAND 4!
Kalau SPM dulu, lagi 3 bulan budak steady baru belajar.... Tapi sekarang untuk PASUM ni, budak steady berazam nak buat yang terbaik. Budak steady nak ubah sikap malas yang ada. Nak balas jasa mak dan abah yang banyak sangat berkorban kat diri ini. Setahun tu lar yang sebenarnya menentukan masa depan budak steady! Biarlah orang kata budak steady ulat buku, ulat library atau segala macam ulat lagi, asalkan cita-cita budak steady nak menjadi doktor tercapai!
TIADA KEJAYAAN TANPA KESUSAHAN